Wednesday, March 19, 2008

Indah Kehidupan


INDAHNYA KEHIDUPAN


Hubert H. Humphrey, mantan wakil presiden & senator Amerika. Setiap hari adalah hari yang sangat indah dan istimewa, walau dimana kita berada dan apa pun yang kita kerjakan. Kehidupan sehari-hari yang indah dan harus kita nikmati tidak selalu berjalan dengan lancer dan menyenangkan kerana kehidupan kita ini adalah sebuah proses yang penuh dengan dinamik, ketidakpastian, perubahan, dan pencubaan dalam bentuk suka mahupun duka.
Dikisahkan tentang sebuah fenomena seorang wanita yang bernama Susi. Wanita tersebut bercuti bersama suaminya, Hidayat, ke Australia. Susi sangat tertarik pada sebuah baju yang cantik yang diperbuat dari bulu biri-biri. Ia pun membeli baju tersebut dan merancang akan memakai baju itu bila menyambut hari lahir puteri sulungnya tahun depan. Baju itupun disimpan dan tergantung rapi di dalam almari.
Susi rasa tidak sabar menunggu saat manis itu. Tetapi malangnya dia mengalami kecelakaan 6 bulan sebelumnya. Susi telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.. Baju indah itu pun tidak pernah dipakainya, dan hari istimewa itu juga tidak akan pernah ada untuknya.

Kejadian tersebut adalah ilustrasi mengapa kita jangan berhenti dan memikirkan satu tujuan saja. Ini adalah sebenarnya kita dapat menikmati setiap detik , minit atau setiap menghadapi perjuangan sebelum berhasil mencapai tujuan. Saya mempunyai tiga tips sederhana supaya kita dapat menikmati indahnya kehidupan setiap hari.
Langkah pertama adalah mengerahkan seluruh kemampuan dan kekuatan kita untuk memilih. Menciptakan pilihan itu sangat penting, karena apa yang kita hadapi saat ini merupakan hasil dari pilihan kita di masa yang lalu.
Pilihan dan kemahuan merupakan anugerah istimewa sebagai manusia. Bila kita sudah mampu menciptakan pilihan, bererti kita sudah memiliki kendali terhadap arah kehidupan dan menjadi lebih arif dalam menangani kehidupan. Ketika kita memilih untuk selalu berfikir dan bersikap positif dalam memulai dan menyelesaikan tanggungjawab sehari-hari walau apa pun yang terjadi, bererti kita sudah memilih hari kita istimewa setiap hari.
Langkah kedua adalah menempatkan aktiviti. Untuk itu kita harus sering-sering bertanya kepada diri sendiri, "Apa yang paling penting saya kerjakan hari ini? Apa yang harus saya selesaikan hari ini?" Bila Anda selalu dapat menciptakan dan menjalankan prioritas dengan baik maka hal itu akan menjamin hari-hari anda istimewa. Setelah menempatkan aktiviti, pastikan anda fokus pada hari ini. Kita memang memerlukan target jangka panjang, tetapi kita harus berfokus pada hari ini. Selesaikan tugas hari ini hingga tuntas. Jika anda berusaha menunda, maka tugas-tugas yang harus anda selesaikan akan kian menumpuk dari hari ke hari. Penyelesaikan tugas pada hari ini maka akan berhadapan dengan penyelesaian tugas jangka panjang juga. Dengan melakukan apa yang terbaik pada hari ini, berarti Anda menjadikan hari ini istimewa.

Tuesday, March 11, 2008

Falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Penghayatan

Anak Yang Soleh

Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.
Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.
Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..
Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.
Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.

Lambang Kebangsaan

Bunga Raya



Apa Asal Usul Bunga Raya??
Bunga raya sebagai bunga kebangsaan telah diumumkan pada 28 Julai 1960 atas cadangan Kementerian Pertanian.
Diantara bunga – bunga yang dicalonkan untuk menjadi bunga kebangsaan seperti
Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis ; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India. Manakala daunnya boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan.
Berikut adalah Pengelasan Bunga Raya Secara Saintifik,
Alam:
Tumbuhan Divisi:Magnoliophyta Kelas:Magnoliopsida Order:Malvales Famili:Malvaceae Genus: Hibiscus Spesies: H. rosa-sinensis

Cerita Teladan

Hikmah Kerana Berbakti Kepada Ibubapa

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil
menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya."Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan."Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan supaya anaknya diberi rezeki dan perasaan puas hati. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit."Setelah ibuku wafat aku berkeliling di tepi pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu."Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut."Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.""Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?""Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan."Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Seni warisan Bangsa


Wayang Kulit
Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan melayu peninggalan warisan yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan benar-benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya. Mungkin ada juga mempersoalkan tentang status persembahan wayang kulit sekiranya diletak dalam katogeri seni teater klasik nasional.
Dalam membuat penilaian keatas seni ini, ia perlu dilihat daripada beberapa faktor penting seperti persembahan yang menarik, keunikan pada patung-patung wayang yang penuh dengan ukiran menarik, kemerduan alunan muzik GAMELAN serta falsafah dan juga pengajaran disebalik persembahan itu sendiri. Ia akan tetap tertakluk kepada individu itu sendiri untuk menilainya.
Terdapat juga diantara pemerhati dan peminat seni yang tidak dapat membezakan yang mana lebih penting - sama ada seni mengatasi pengajaran atau pengajaran mengajar seni, sehingga ada golongan-golongan yang memberi pandangan negatif terhadap persembahan wayang kulit. Mereka menganggap persembahan ini penuh dengan tahyul, syirik dan membuang masa. perlu kita meneliti kepada falsafah asal pengwujudan seni taeter ini. Walaupun tidak pula disangkal terhadap tindakan yang terpesong dari jalan persembahan asal.
Berlainan pula bagi mereka yang melihat persembahan wayang kulit sebagai sebuah persembahan yang siobolik dan kaya dengan ilmu serta keseniannya yang terselindung disebalik gerak-geri patung, alunan muzik GAMELAN dan cerita yang disampaikan. Seolah-olah persembahan wayang kulit ini berperanan sebagai satu daripada media yang menyampaikan mesej dan pengajaran kepada masyarakat.
Samaada negatif atau positif pemikiran seseorang itu, apa yang pasti seni ini dapat membantu dalang menjadi lebih terampil. Kepuasan seseorang dalang bergambar pada wajah mereka apabilka dapat menghasilkan patung yang cantik dan dapat mempersembahkan pertunjukkan yang menarik kepada pengunjung.
Nilai dan kandungan seni bergantung kepada kemampuan dalang menolong masyarakat umum dalam meningkatkan kesedaran dan kepekaan kepada seni warisan ini serta kefahaman tentang penghidupan mahluk di dunia ciptaan ALLAH S .W .T ., mereka juga dapat mengenal, mengamati dan menghayati sendiri.
Sebagai contoh, dalam membentuk dan mencipta patung wayang kulit,dalang begitu dipengaruhi oleh alam persekitaran. Pengalaman terhadap alam dijadikan sumber penciptaan. Dalam memilih dan mengabdikan unsur alam, dalang berpegang pada kebiasaan "Keindahan Semulajadi" yang DISARING melalui kepercayaan lampau. maka diantara unsur alam itu, bunga, tumbuhan dan pucuk rebung sering menjadi hiasan pada patung wayang kulit dan alat-alat muzik gamelan. Penggunaan unsur warna juga dapat disimpulkan sebagai satu kebiasaan dalang dalam menghayati alam. Sesungguhnya dalang begitu peka terhadap warna alam. Kesedaran ini menunjukkan sikap dan kepercayaan manusia kepada Pencipta asalnya, Allah S. W.T. satu daripada acara yang sering dilakukan untuk memelihara seni warisan wayang ini ialah dengan meyimpan maklumat tentang seni ini dalam bentuk buku atau jurnal.
Selain daripada tujuan mengekalkan tradisi Melayu, bidang seni ini mungkin juga boleh dimajukan denga penghasilan miniatur patung wayang kulit atau panggung wayang kulit serta alat-alat muzik gamelan yang boleh dijadikan bahan cenderamata.

Dapatkah wayang kulit mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini ? Hanya kesedaran serta tindakan yang wajar pada hari ini akan dapat menjamin kesinambungan seni warisan melayu tradisi pada masa akan datang?

Wednesday, March 5, 2008

Usaha Tangga Kejayaan

Usaha Tangga Kejayaan


PADA tahun lepas ada di antara pelajar-pelajar berasa sangat gembira kerana gambar mereka tersiar di akhbar-akhbar kerana berjaya menempah kecemerlangan dalam peperiksaan STPM yang lalu. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain? Tidakkah merasa "cemburu" terhadap kejayaan rakan-rakan kita itu? Bayangkan betapa seronoknya perasaan mereka serta ibu bapa mereka apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan!Sebenarnya anda juga boleh menjadi pelajar cemerlang sama seperti pelajar-pelajar yang terpapar di akhbar-akhbar. Kejayaan tidak mengenal siapa anda, lelaki atau perempuan, tinggi atau rendah, kaya atau miskin, agama atau bangsa. Potensi dan fitrah manusia yang diberikan oleh Tuhan adalah sama. Perbezaannya adalah lahir dari tindakan kita. Manakala tindakan kita pula dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti sikap dan perasaan.Rata-rata pelajar-pelajar yang memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan mengatakan rahsia kejayaan mereka adalah terletak kepada usaha mereka yang gigih, tabah serta keazaman yang tinggi. Kejayaan tidak boleh datang secara spontan sahaja tanpa berusaha. Kejayaan merupakan hasil daripada proses pembelajaran. Jika kita ambil contoh pembelajaran ini sebagai sebuah kilang, maka sebelum kilang itu dapat mengeluarkan sesuatu produk (hasil barangan) kilang itu terpaksa mendapat pelbagi bahan mentah sebagai bahan adunannya. Bahan-bahan mentah itu kadangkalanya senang diperolehi dan kadangkalanya pula sukar dan terpaksa mengimportnya dari luar negeri. Tetapi demi untuk mempastikan produknya berkualiti tinggi maka pengeluarnya akan berusaha mendapatkan bahan mentah tersebut walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.Setelah memperolehi bahan mentah ianya akan diproses melalui beberapa pemeringkatan. Pihak pengeluar akan berusaha mempastikan sistem pemerosesannya beroperasi dengan baik demi untuk menjamin hasilan barangannya kerana bahan mentah yang diperolehi itu mahal. Hasilnya sudah tentulah barangan tersebut akan mendapat pasaran yang baik oleh para pembeli.Sekiranya kita ibaratkan pelajar itu sebagai pengeluar barangan maka sudah tentulah pada peringkat permulaannya ia akan berusaha mencari pelbagai sumber ilmu sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar kilang yang cuba mencari bahan mentahnya. Ilmu tidak akan datang menggolek tetapi kita harus mencarinya dan dalam proses pencarian kita perlulah sanggup menempuhi pelbagai cabaran dan tekanan sama ada dari aspek mental, rohani dan jasmani. Ilmu yang diperolehi tidak akan memberi makna apa-apa kepada kita sekiranya ilmu itu tidak dihayati dan dimenafaatkan sebaik mungkin. Dalam hal ini pengusaha kilang cuba mempastikan bahan mentahnya di proses dengan baik ke arah penghasilan barangan yang bermutu, maka seorang pelajar juga harus mempastikan ilmu yang didapati itu perlu diproses dalam ertikata ilmu itu patut dihayati, dianalisis dan disebatikan dalam kehidupan pelajar-pelajar .Mutu kawalan yang tinggi dalam pemprosesan akan menghasilkan barangan yang bermutu. Begitu juga dengan pelajar yang dapat menghayati pelajarannya dengan sistematik akan menjamin kecemerlangan dalam bidang akademiknya.Sehubungan dengan perkara ini Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk "You Can Do It !" telah menyunting beberapa pendapat dan padangan pakar-pakar motivasi. Salah satu kata-kata yang menarik perhatian saya yang terdapat dalam buku ini ialah berbunyi "You Have to Pay the Price".Ini bermakna kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu keseluruhan kata-kata di atas bermaksud seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha dengan gigih sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapainya. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri pelajar-pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri.
Bersedialah untuk berkorban demi untuk kecemerlangan masa hadapan. Usaha itu tangga kejayaan! !!!!!