Tuesday, March 4, 2008

Seminar


ANDA INGIN BERJAYA DALAM PELAJARAN?

Tidak dapat dinafikan pelajar mempunyai peranan yang besar dalam mewarnai ketamadunan sesebuah masyarakat terutama dari sudut ilmu pengetahuan. Selain itu, para pelajar merupakan agen perubah masyarakat itu sendiri dari sudut sosial dan akhlak.Berjaya dalam konteks ini bukan sekadar berjaya dari sudut keduniaan sahaja, bahkan kejayaan di akhirat juga. Dalam hubungan ini golongan yang diharapkan itu, mestilah mengetahui matlamat pembelajaran mereka, tuntutan –tuntutan ke atas mereka dan memelihara disiplin-disiplin tertentu sejak daripada menuntut ilmu sehingga menyebarkan dan mengembangkan ilmu tersebut yang menjadi tanggungjawab mereka.Manusia dilahirkan tanpa dibekali dengan ilmu tetapi Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk yang mempunyai perasaan untuk mengetahui dan mengkaji sesuatu yang tidak ia ketahui.

BERANI DAN YAKIN DIRI UNTUK BERJAYA.
Kegagalan seseorang mungkin berpunca dari sini – gagal mengambil langkah pertama kerana kurang keyakinan diri dan takut tidak berani. Akhirnya apa yang dicita-cita, walau sebaik mana sekalipun akan mati ditengah jalan dan hidup tidak akan diubah ke satu tahap yang lebih baik.Perubahan akan dicapai hanya dengan berusaha. Usaha pula perlu disandarkan kepada ilmu, keyakinan diri dan sikap berani. Setelah itu, bertawakal kepada Allah kerana Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubahnya dahulu.Anda boleh membina keyakinan diri dan bersikap berani untuk berjaya. Apa yang penting ialah:
1) Yakinlah Allah (SWT) sentiasa bersama anda setiap masa. Sekiranya usaha yang anda lakukan itu adalah
pekerjaan yang halal dan tidak melanggar perintahNya, insya-Allah, Dia akan sentiasa bersama anda.
2) Mulakan langkah pertama walaupun anda mungkin tidak yakin atau tidak berani. Tolaklah perasaan was-was. Langkah pertama itu penting, kerana jika anda tidak memulakannya, bagaimana anda akan tahu tahap kemampuan anda?
3) Jangan mudah putus asa. Anda mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha yang anda jalankan, tetapi masalah itulah yang akan membantu anda.Bagaimanakah hendak menjadi seorang pelajar yang baik? Mungkin perkara-perkara di bawah akan membantu para pelajar mengenal taraf mereka sebagai seorang pelajar yang baik.Apakah anda mempunyai ciri-ciri ini?
1) Anda mestilah mempunyai rangka kerja untuk setiap hari.
2) Anda benar-benar mengiku rangka kerja yang telah dibuat .
3) Anda sentiasa bersedia memulakan sesuatu matapaljaran.

Membacakan menjemukan ?Membaca meletihkan ?
Kalau begitu, anda perlu berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Anda boleh jadikan membaca satu hiburan, bahkan satu ketagihan kalau anda menguasai teknik-teknik membaca yang tepat.

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR.
Belajar adalah suatu seni yang unik.Setiap orang mempunyai cara belajar yang tersendiri.Namun begitu bolehlah kita rumuskan bahawa teknik- teknik belajar yang dilalui oleh seseorang pelajar itu tidak lari dari beberapa teknik berikut:
1) Mengulangkaji secara perseorangan dan menghafal pelajaran.
2) Diskusi cara berkumpulan.
3) Membuat nota dan kertas kerja.
4) Menganalisis soalan –soalan peperiksaan tahun lalu.
5) Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kuliah.

Gabung jalin yang seimbang dari teknik- teknik tersebut di atas akan memberi kesan yang kepada kita dalam menguasai dan memahami bidang yang diceburi seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

No comments: